Sunday, June 19, 2011

Terus Melangkah

Jatuh
Bangkit
Jatuh
Bangkit
Berkali-kali kujatuh
Kubangkit lagi

Datang ujian bertimpa-timpa
Mehnah dan tribulasi usah dikira
Rasa letih bertandang di jiwa
Kujatuh lagi, mampukah kubangkit sekali lagi?

Bangkit!
Bangkit!
Bangkit!

Wahai mujahid
Cukuplah
Jangan kau melemah lagi
Jatuh, kau bangkit
Jatuh, kau bangkit lagi
Biar seribu kali pun kau jatuh
Seribu kali jua mesti kau bangkit
Jangan sesekali kau mengalah
Terus melangkah!

Biar...
Biar sakitnya tidak terperi
Asalkan imanmu tidak lusuh pergi

Biar...
Biar segala hartamu harus digadaikan
Asalkan tidak, kau merasa selesa dalam kemurkaan Tuhan

Biar...
Biar sekalipun dirimu terkorban
Asalkan matimu itu bukan dalam kehinaan


Ketahuilah
Apa yang kau korbankan itu mahal nilaian di sisiNya...

Ia-lah bakal menjadi mahar
Buat kau
Meraih syurgaNya
Di Akhirat kelak

 InshaAllah

Cukuplah mujahid
Jangan kau melemah lagi

Kerana kau sebenarnya mampu. . .

---
slave of Almighty
rasa tidak kuat
hanya Dia pemilik kekuatan
semoga Kau kuatkan aku hingga ke akhirnya
aminn.

Naik turun keimanan itu lumrah. Setiap insan pasti melaluinya.

Namun bagaimana kita menyikapinya.

Itu yang utama.

Hipokritkah Aku?

Apabila solat ku dirikan
Takbir ku laungkan
Allahuakbar!
Jiwaku tidak pun bergetar
Bukan kerdil yang ku rasa...
Suatu kalimah pengharaman dunia
Namun itu jua yang berputar-putar di minda

Hipokritkah aku?

Munafikkah aku?


Tatkala janji ku lafazkan
Solat, ibadat hanya keranaMu
Hidup dan mati hanya untukMu
Lancar kututur di mulut
Lama sudah ia terpahat di kepala
Akan tetapi hatiku sedikit pun tidak terkesan
Tingkah laku lantang membuktikan pertentangan

Hipokritkah aku?

Munafikkah aku?


Apabila Al-Fatihah ku bacakan
Hanya kepadaMu tempat ku sembah
Tiada selainMu tempat ku berharap
Kalimah-kalimah pengabdian
Sebagai  hamba yang diciptakan Tuhan
Namun tetap jua, artis dan jaguh sukan menjadi pujaan
Pergantungan ku letak pada manusia dan jawatan

Hipokritkah aku?

Munafikkah aku?


Tatkala sujud ku persembahkan
Maha Suci Allah
Yang Maha Agung dengan sifat-sifatNya
Suatu simbolik akan kehinaan diri di hadapanNya
Atas segala nikmat yang ku perolehi hanya dariNya
Namun diri masih terasa mulia
Riak, ujub, bangga diri, dan takabbur berkulat menutupi jiwa

Hipokritkah aku?

Munafikkah aku?


Apabila kalimah tauhid ku ikrarkan
Asshadualailahaillah
Waashaduannamuhammadarrasulullah
Dua kalimah persaksian
Hanya Dia yang layak ku gelar Tuhan
Dan Nabi Muhammad itu sebagai rasul ikutan
Namun hati tidak benar-benar yakin
Dunia seringkali ku lebihkan
Nafsu dijadikan Tuhan
Kelompok syaitan ku ambil teman

Hipokritkah aku?

Munafikkah aku?

---
slave of Almighty
mahu berpijak pada realiti
dunia ini tidak kekal abadi
moga-moga ini bukan solatku yang terakhir

SAAT HATI TERASA KECEWA

saat jauh pandangan terhampar dalam impian
saat rindu bertabur sakit dalam hati
tak tau apa yang harus kulakukan
sedih telah lama kupendam
terpuruknya angan jadi mainan dalam khayalan
terdiam merenungi kejadian demi kejadian
sempat sekali menyesal dalam pikiran mengingat semua itu
ingin rasanya ku curahkan semua
rasa sesal…rasa sakit dalam hati…rasa kecewa
semua terasa sesak dalam dada
terpendam dalam sekali hingga tak mampu keluar
satu saat datang satu lembaran kehidupan
terkadang tertuliskan dengan kebahagian
terkadang tertuliskan dengan kesedihan
bahkan terkadang tergurat kekecewaan yang mendalam
satu persatu datang dan pergi beranjak seiring keinginan
pergilah jika keinginan tinggal keinginan
menjauhlah jika harapan tinggal harapan
lupakanlah jika semua tinggal kenangan..