Jangan salahkan aku,
Bila aku menyayangimu,
Keperibadian dan budi pekertimu,
Membuat hatiku teduh,
Di dalam kebahagiaan yang sesungguhnya.
Jangan salahkan aku,
Bila ku merindukanmu,
Kerana kau mampu menjadi penawar hatiku,
Dari percintaan yang hanya penuh kepalsuan tika ini.
Engkau seperti bidadari,
Kehadiranmu adalah kebahagiaan,
Yang jauh hanya sekedar jarak antara kita,
Kerana ku tahu,
Menyayangimu adalah langkah terbaik.
Izinkan aku memilikimu,
Dalam bimbingan kasih dan sayangmu,
Izinkan aku menyayangimu,
Agar aku sentiasa dalam belaian mu.
Bawalah aku ke arah kebaikan langkahmu,
Kerana aku sadari , kau bukan sekedar tempat mengadu ,
Tetapi keteduhan,
Yang mengarah tuntun nya hati ...
Jangan salahkan aku,
Bila aku menyayangimu ,
Kerana aku bukan sekedar sayang,
Tetapi kebaikan yang membuka ikatan silaturrahim antara kita.
Meluahkan rasa sayang atau cinta,
Tidak semestinya pada kekasih.
Adik sayang kakak
Di cipta atas perasaan seseorang.. Di terbitakn kerana hati seseorang.. Di paparkan atas rasa smua orang.. Hope,,you enjoy..
Friday, July 18, 2014
Thursday, February 13, 2014
AKU LEMAH!!
Andai
aku di beri peluang..
Ingin saja aku putar kembali waktu itu..
Ingin aku buang..
Buang sejauh mungkin rase sedih ini..
Andai aku mampu..
Ingin aku kawal..
Kawal agar air mata ini berhenti mengalir..
Ingin saja aku putar kembali waktu itu..
Ingin aku buang..
Buang sejauh mungkin rase sedih ini..
Andai aku mampu..
Ingin aku kawal..
Kawal agar air mata ini berhenti mengalir..
Sungguh aku terseksa tika ini..
Bila hariku kesunyian..
Pasti aku terkenang masa silam itu..
Sungguh ku terasa perit..
Tenat..
Lelah..
Pilu..
Hingga tidak mampu untuk aku mengungkapkann kata-kata gembira buat hati..
Sampai bilakah ia akan berakhir..
Akan berakhirkan rasa ini..
Janji masih terpatri di hati ini..
Namun telah di musnahkan oleh rasa gundah gulana..
Dia masih ternokhta disana..
Dia masih tidak peduli akan perasaan ini..
Dia masih tidak berubah..
Sehingga hancur ..
Lumat jiwa ini..
Jadi mati akal ini..
Jadi kaku minda ini..
Jadi tepu rasa ini..
Jadi kusut hidup ini..
Sungguh ku luluh..
Sungguh ku lemah..
Lemah untuk terus harungi semua ini..
ALLAH tolong bantu aku untuk bantu orang yang aku sayang..
Bila hariku kesunyian..
Pasti aku terkenang masa silam itu..
Sungguh ku terasa perit..
Tenat..
Lelah..
Pilu..
Hingga tidak mampu untuk aku mengungkapkann kata-kata gembira buat hati..
Sampai bilakah ia akan berakhir..
Akan berakhirkan rasa ini..
Janji masih terpatri di hati ini..
Namun telah di musnahkan oleh rasa gundah gulana..
Dia masih ternokhta disana..
Dia masih tidak peduli akan perasaan ini..
Dia masih tidak berubah..
Sehingga hancur ..
Lumat jiwa ini..
Jadi mati akal ini..
Jadi kaku minda ini..
Jadi tepu rasa ini..
Jadi kusut hidup ini..
Sungguh ku luluh..
Sungguh ku lemah..
Lemah untuk terus harungi semua ini..
ALLAH tolong bantu aku untuk bantu orang yang aku sayang..
syazwanie Houzaienie
Subscribe to:
Posts (Atom)