Jangan salahkan aku,
Bila aku menyayangimu,
Keperibadian dan budi pekertimu,
Membuat hatiku teduh,
Di dalam kebahagiaan yang sesungguhnya.
Jangan salahkan aku,
Bila ku merindukanmu,
Kerana kau mampu menjadi penawar hatiku,
Dari percintaan yang hanya penuh kepalsuan tika ini.
Engkau seperti bidadari,
Kehadiranmu adalah kebahagiaan,
Yang jauh hanya sekedar jarak antara kita,
Kerana ku tahu,
Menyayangimu adalah langkah terbaik.
Izinkan aku memilikimu,
Dalam bimbingan kasih dan sayangmu,
Izinkan aku menyayangimu,
Agar aku sentiasa dalam belaian mu.
Bawalah aku ke arah kebaikan langkahmu,
Kerana aku sadari , kau bukan sekedar tempat mengadu ,
Tetapi keteduhan,
Yang mengarah tuntun nya hati ...
Jangan salahkan aku,
Bila aku menyayangimu ,
Kerana aku bukan sekedar sayang,
Tetapi kebaikan yang membuka ikatan silaturrahim antara kita.
Meluahkan rasa sayang atau cinta,
Tidak semestinya pada kekasih.
Adik sayang kakak
No comments:
Post a Comment