Sunday, June 19, 2011

Terus Melangkah

Jatuh
Bangkit
Jatuh
Bangkit
Berkali-kali kujatuh
Kubangkit lagi

Datang ujian bertimpa-timpa
Mehnah dan tribulasi usah dikira
Rasa letih bertandang di jiwa
Kujatuh lagi, mampukah kubangkit sekali lagi?

Bangkit!
Bangkit!
Bangkit!

Wahai mujahid
Cukuplah
Jangan kau melemah lagi
Jatuh, kau bangkit
Jatuh, kau bangkit lagi
Biar seribu kali pun kau jatuh
Seribu kali jua mesti kau bangkit
Jangan sesekali kau mengalah
Terus melangkah!

Biar...
Biar sakitnya tidak terperi
Asalkan imanmu tidak lusuh pergi

Biar...
Biar segala hartamu harus digadaikan
Asalkan tidak, kau merasa selesa dalam kemurkaan Tuhan

Biar...
Biar sekalipun dirimu terkorban
Asalkan matimu itu bukan dalam kehinaan


Ketahuilah
Apa yang kau korbankan itu mahal nilaian di sisiNya...

Ia-lah bakal menjadi mahar
Buat kau
Meraih syurgaNya
Di Akhirat kelak

 InshaAllah

Cukuplah mujahid
Jangan kau melemah lagi

Kerana kau sebenarnya mampu. . .

---
slave of Almighty
rasa tidak kuat
hanya Dia pemilik kekuatan
semoga Kau kuatkan aku hingga ke akhirnya
aminn.

Naik turun keimanan itu lumrah. Setiap insan pasti melaluinya.

Namun bagaimana kita menyikapinya.

Itu yang utama.

No comments:

Post a Comment